Wednesday, March 31, 2010

Jaga diri baik-baik

Kehidupan manusia memang penuh dengan tekanan yang kadangkala menggugat ketenangan jiwa. Kite hendaklah selalu berselawat kepadaNya supaya hati kite menjadi lebih tenang untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini. Selawat adalah tanda kecintaan kite terhadap Rasullullah S.A.W. Amalkanlah selawat setiap hari dan InsyaAllah kite akan tergolong dalam golongan yang mencintai Rasulullah S.A.W





****************************************


Tekanan atas normal. Tapi masih belum mencecah ke tahap mentally ill.yah. Semangat!

Still ade mase 24hours lagi before submit first draft kat supervisor. Ye. Aku sangat bekerja keras. woh! Tinggal nak mengedit result dan juge disscussion. Sangat sukar untuk mengenterpret data ini sampai mengalirkan air mata..wuhuhu....

Emosi masih belum stabil lagi. Rakan-rakan seperti tidak mempedulikan dengan kehadiran aku. Apekah? Benar kate orang kawan gembire senang nak carik, tapi bile kawan berduka, sorang pun takdek kat sisi. hukhuk Sangat sedih dengan situasi sebegini. Just tell me if i'm wrong. We can fix it.


ok chow.!!

Tuesday, March 30, 2010

Pembaziran mase pada hari ini.

Setelah berseharian atas katil, agak lewat..bukan..amat lewat aku bangun pagi ni. Terase pembaziran mase yang sangat tak bleh blah. So..aku decide petang tu aku nak tawaf sekeliling sri serdang dan olflet dengan merempit untuk mensetelkan beberapa hal-hal penting. So merempit la aku sorang diri. Memandangkan tak sempat nak lunch tengahari tadi, tangan aku sedikit menggigil dan kepale agak terawang-awang dan aku cube untuk menfokuskan diri sedaya yang boleh di atas motor.

Fisrt thing first, nak amek baju yang aku tempah kat butik itu hari. Ade 2 helai. Baju untuk majlis kawen akak dan abang aku yang akan berlangsung this wiken. Sangat mahal tempahan tersebut, berbulu je mase tengah hulur duit kat tuannye butik tu dan sangat tak ikhlas senyuman aku dikala itu...demm!

Next plak, nak pegi fotostet homework questionaire yang sepatutnye kene hantar next week. Baru nak fotostet weh!huhu..dan juge nota2 untuk subjek behavior untuk preparation for final exam. Ok done!

Lepas zup zap zup zap sane sini....semue dah setel, mase tu baru pukul 3.30pm. So memandangkan aku masih belum menjamah sebarang makanan hari ni, perot amat2 kosong secara total, tangan tak henti2 menggigil, aku pun merewang ke pasar serdang yang berdekatan dengan harapan dapatlah makan nasi lemak sedap yang tiap hari aku beli setiap kali ade pasar. Terbayang kesedapan menjawah nasi lemak.whew. Namun nasib tak menyebelahi aku, dorang baru nak setup gerai plak aih. Aku jeling jam kat tangan. Patutlah..masih awal lagi. hadui....baru beberape gerai je bukak. Tu pun gerai jual bawang kecik, cili api.cis.cis dan cis...

So agak dissapointed di situ. Lalu aku pun decide untuk membeli makanan kat pasar tepi jalan sebelah uniten tu je. Makanan tak banyak. So aku bedal je beli 2 bungkus soto feveret aku. Due due tu untuk aku ok! Dan wenggg...merempit secepat mungkin balik ke kolej.

Balik2 terus rembat soto dan makan dengan lahapnye. Even aku macam ade terase bau-bau basi skit, tapi aku bedal je. Alaa...kurang-kurang sakit perot je...tak mati punye...huhu...

Monday, March 29, 2010

FINE la korang!

Aku selalu cube untuk menggembirekan hati aku. Aku selalu berfikiran positif. Yep. Tak dapat nak dinafikan. Aku suke pure-pure gembire bile hati ni betul2 terluka dan sukar untuk diubati. Sape perasan? Memang tak sorang pun perasan. Sebab, aku selalu ingatkan diri aku, kesusahan dan kesedihan yang aku alami ni sikit je cume. Cube tengok orang lain yang lagi susah dari kite. Orang yang takdek tempat tinggal, orang yang kehilangan insan2 yang tersayang, orang yang mengalami pelbagai rintangan hidup. Ye. Aku pun pernah mengalami semue tu. Cume aku cube kuatkan semangat aku. Aku tanamkan diri aku insyaAllah bile tiba masenye nanti, aku akan lebih bahagia dari yang sebelumnya. Kite kan kene berbaik sangka kat Allah selalu..kan?



ok...full stop.


*******************************************


Kembali ke mode happy tak bleh blah. Orait.

Semalam merupakan dinner kolej untuk dak2 final year student. Tak ramai pun pergi atas sebab2 yang tak dapat nak dielakkan. Kawan yang tarik diri last menet pun ade. Even aku rase macam nak maki hamun dorang skali dengan penumbuk sebijik, tapi aku cube kekalkan kemanisan mukeku ini serta berlagak cool dan bersahaje. Dah la sorang menghilangkan diri tanpa jejak, aleh2 bagi mesej kate tak dapat nak pegi, have fun you guyz. WTF? Taik la ko have fun.hah. Kan dah tercarut di sini. Ok. Kekal maintain kembali. Sorang lagi plak tarik diri sebab alasan yang samar2. Baju tak cantek? Takpe boleh carik baju lain. Ke sebab ko tensen thesis ko tak siap lagi? Abes tu aku macam mane plak? Orang lain yang tak siap project tu lagi ape kes??Boleh je dorang pegi. Ok takpe. Last2 menet baru nak bagitahu aku. Asal tak siang2 lagi tak bagitahu taknak pegi. Sebelum ni macam beriya nak pegi. Then tinggal jela aku terkontang kanting sorang diri. FINEeeeee.......!!!

So...overall dinner was great Even I think it should be more memorable.haha. Dan aku teruskan dengan happy yang sungguh dibuat2, trimas untuk my fren Aien sebab teman aku duduk sembang dan bergelak ketawe.huhu..



Aku nak buat silence treatment. yeah. Itu yang terbaik. Thanks you guys make me soo happy.......^^,


What goes around come around...

Sunday, March 28, 2010

bile happy dah terover...leh jadi gile tau..!

Ok...alrite...oyeh!



Ok jap..kasi aku setel down kan diri aku sebentar. huh.hah.satu.dua.in out.fuh...

Sori la ye take time skit nak kasi mood happy terbabas aku ni nak kasi ke normal mode balik. He. Aku bukan ape, aku takot nanti bile aku menaip mase tengah overeksaitet kang aku mencarut mengarut bende2 yang tak sepatutnye kat sini plak.heh.

Minggu ni boleh kate segala macam keserabutan yang melanda diri aku dan diri orang2 sekeliling aku telah disetelkan dengan baik dan terlalu baik, aku rase, dan kini keadaan sudah kembali normal. yeh!

Dan sekarang aku rase bertambah rilek, bahagie (cewah) dan lebih tenang. Tak kesah la homework bersepah ke, thesis baru 3 muke ke, yang penting aku dah kembali happy dan terover happy...dan amat2 happy...(ok dah stop)..paham tak perasaan aku cene skang??hehee...

But then, in the end(linkinpark kate) aku dengan konfemnye akan terharu, tersedih bile semue nye sudah berakhir kelak. Even aku sendiri tak nak bende ni berlaku, tapi kite tak boleh nak suroh mase tu berhenti kejap, dan bagi setaon lagi mase untuk aku bersame dengan orang2 yang aku sayang. Mean kawan2 aku. yep..kawan2 yang aku sayang..

eh stop..asal aku tersebak plak ni?


~zaa||yaya||iepah~

nota kaki: siyes aku akan merindui korang.T_T

Friday, March 26, 2010

Ask less and thank more!

Minggu ni termasok minggu-minggu yang sudah banyak perkara yang berkaitan dengan emosi dan perasaan berlaku disekeliling aku. Satu demi satu perkara yang tak diigini terjadi tanpa ada alasan dan sebab yang kukuh untuk tindakan yang seringkali diambil tanpa berfikir dengan sedalamnye.

Manusia sering tak berpuas hati dengan perkara yang berlaku tanpa keinginan mereka. Manusia juga kerap mengeluh. Lalu mereka bertindak tanpa memikirkan baik buruk sesuatu perkara tersebut. mereka bertindak atas pemikiran mereka yang sempit dan hanya mengikut emosi dalam diri. Mereka rasa mereka tidak berhak untuk mendapatkan kesusahan even hanya sedikit. Mereka hanya mahukan kesenangan, dibelai dan diberikan dengan segala kemudahan.

Don't complain. and if, inspite you everything, you keep getting yourself worried. Look around you, thank the almighty for everything that he allows you to have in their brief life.

Say with humbleness,
Thank you Lord, for all he blessing that you give me, for my health, my family, my work, my friends and my everything.

remind yourself to ask less, and thank more!

Thursday, March 25, 2010

semangat!

Aku seorang yang semangat bile aku mendapati diri aku sangat fokus melakukan kerja-kerja yang penting. Dan aku juge sangat sukekan kerja underpressure. erm..mungkin tak suke banyak, setakat suam2 kuku jek.

Aku suke melakukan kerja-kerja yang baru. Aku suke bile kerja berlambak-lambak datang pada satu mase. Senyuman akan jelas ketara terukir pada dahiku. Kerja akan jadi lebih fun dan interesting bile setiap ape yang dilakukan adalah betul, tepat dan aku berpuas hati.

Tapi...




Aku rase aku tipu je banyak kat sini...

^_^

********************************************

Jangan suke menangguhkan sesuatu pekerjaan. Ia tak akan selesai dengan sekali kerdipan mata. Lakukan sesuatu perkara dengan rela hati, tidak terburu-buru, fokus dan anggap ianya sesuatu yang menyeronokkan.

hah!

Kata-kata semangat untuk aku..

Motto hidup aku adalah semangat!



hoh!

Tuesday, March 16, 2010

meneruskan perjuangan..hoh!

Sekarang aku berade kat dalam library tengah musyuk..err..kusyuk menyiapkan thesis yang duedate die just around the corner. Jujur kate.........aku kopipes jek...hoho! hebat tak hebat la..^^,

Aku ubah sikit ayat-ayat dari thesis2 lepas tu. Tunggang langgang kan skit, plus dengan campurkan ayat-ayat dari beberape thesis..dan taraaa...siap! Macam buat origami bentuk angsa tu. Tapi aku tak reti pun nak buat. Sebut je bleh la.

Pasni nak hantar draft kat Dr. Khairi suruh die tacap sikit2 ker..bagi kata-kata semangat sikit pun jadi la. Mane taknye, keje Dr. Khairi ni asik membuli kitorang insan2 yang serba lemah ni tau. Dan kami ni student under die agak terabai dan terbabas jugakla dengan project masing2.

Tapi takpe..kami mempunyai semangat juang yang agak tinggi untuk mencari sumber-sumber tertentu sebagai rujukan dan tadaaa..lagi skali..kami dah nak smpai ke penghujungnye.yehaa..! Agak terover eksaitet di situ. Kalau die reject first draft aku ni...pasni aku nak buat origami bentuk katak la plak pastu hadiahkan kat Dr. Mesti die buat wajah tak bersalah beliau dan senyum yang membuatkan kami cair dan tak jadi nak bengang dengan beliau..hahak..Sebab tu aku pilih Dr. Khairi sebagai supervisor untuk project aku ni. Selain project yang die bagi agak mudah untuk dilaksanakan, beliau juge mempunyai senyuman yang membuatkan aku melayang-layang macam cite Alice in Wonderland...hehe..

Kenape aku begitu berani menyatakannye di sini? hoh.




Mood aku sangat baik hari ni. Tak seperti hari-hari yang lepas di mane kerutan di dahi sentiase jelas kelihatan dan terus menerus menunjukkan muke ketat aku kat semue orang. Itu bukan tanda2 aku sedang mengalami PMS atau symptom2 ingin membunuh diri, tapi disebabkan oleh beberapa hal yang tak dapat nak dinyatakan disini. Adekah aku segan? Oh..tidak same skali.





Duit dalam bank tinggal Rm300++ je weh. Cene nak hidup ni?hukhuk...(T.T)






oh yaya..diharap dapat bertahan!

Saturday, March 13, 2010

sape tah tag aku ni??

Sape yang mandai-mandai tag aku nih??Ni yang aku rase geram dengan beliau ni..heh!

Nway..thanks kat danial yang sudi mentag aku..memandangkan aku tak pernah...ulang balik TAK PERNAH kene tag dengan sape2..hoho...so, sedikit teruje dengan tag beliau even soklan die simple jek. Ok..meh la tengok...



1) ko WAJIB print skrin wallpaper yg ko gune skang.




2) Story skit asal ko suke sangat letak wallpaper ni.

Terpancar wajah-wajah kegembiraan 3 orang kanak2 riang di atas bukit Broga. Kami sangat alah kepada flash kamera ok. haha. Nway...aku suke pic ni sangat..yeah!



3) TAg sape2 yang ko minat..

(err....danial, aku limitkan 3 orang je k..^^,)

+ Butang biru (aku rase aku nak kenal die lebih dekat lg la..kene mintak permision kt BP dlu la kot..hehe)

+ Zurin azwan (aku pun minat die gak..hehe..)

+ Abg sukur...

Dan sape2 yang sudi nak jwab tag ni..^^,






Jom panjat Broga Hill!

Bismillah...

Akhirnye tercapai gak cite-cite nak panjat Broga Hill...hoh! Brape kali plan ngan kawan2 asik fail jek. So, malas nak cakap banyak, last2 dapat pegi 3 orang je. Bedal jela, janji dapat pegi..heh..

Orait..Broga Hill ni letaknye kat Semenyih. Kirenye klo drive dari Upm tempat aku blaja ni dalam 1 jam perjalanan nak ke sane. Mule2 aku ngan kawan2 plan nak gerak pukul 630 pagi. Tapi disebabkan malam tu macam ter overeksaitet nak panjat bukit smpai takleh nak tido, dah tu boleh plak terlayan muvi smpai ke pukul 3 pagi, so pagi tu seme bangun lambat. Kami pun bergerak ke sane jam 7pagi. Ok. meh aku short kan skit jadual perjalanan kami ke Broga.

700 am - Bertolak ke Broga.

8oo am - Sampai ke Broga.(mase ni dah terang dah...xdapat nak tgk sunset..huhu)

810 am - Mule panjat.

830 am - Baru sampai kat first peak. Ade 3 lagi....

900 am - Sampai ke peak ke 4.

930 am - Mule bergerak turun..

1000 am - Sampai kat bawah...

Mase kami pegi tu agak cuak jugak memandangkan kami bertige seme pompuan. Dahla first time pegi. Mase tu tak ramai sangat orang. Yang bestnye kan orang2 yang panjat Broga ni seme peramah2. Tiap kali berselisih je mesti senyum dan say hello, or good morning. Bagus betol..hehe..Memang semput sungguh la nak panjat bukit ni. Curam. Tapi tak puas lagi. Next time ade mase nak naik lagi...^^,

Ni beberape pic kami dan pemandangan yang menarik yang sempat kami amek. Aku edit2 skit pic ni. Dah mcam pic dlsr jek..hehe...


semput gak sampai kat atas ni..






yay..dah sampai atas!!


Lompat tinggi-tinggi...yehaa


Menikmati pemandangan..



Bestnye dapat balik rumah..^^,

Muke berflower sejak kebelakangan ni. Pipi kejong sebab senyum lame sangat.



Kamis haritu aku balik rumah. Lepas dah rindu aku kat mak. Sampai rumah jek terus salam cium pipi mak. Rindunyee...(T.T). Mak kate aku dah macam mayat hidup. Cekeding sangat dah skang. Kat kolej memang jarang makan pun. Makan malam jek. Lepas mandi+solat seme setel, pegi dapo jenguk bawah tudung saji. Ikan masak kicap. Yoo..my faveret! marveles ah...terus amek pinggan senduk nasik makan sorang2 kat dapo. Heaven lepas pekene lauk mak masak. Rase macam nak nangis! huhu...

Mak slalu tido depan ruang tamu. Bentang tilam lembut dan toto. Tido ramai2 depan tv. Aku tertido mase tengok tv malam tu. Jam baru pukul 930pm. Bukak2 mate jek mak dengan adik pompuan aku baring sebelah aku sambil tengok cerite hindustan. Salman khan dengan karisma kapoor aktor die. Tetibe mak usap rambut aku. Mak cakap lembut kat aku.

"Lain kali jangan tak makan nasi. Badan dah kurus kering dah tu. Tensen sangat ke blaja?"

Mase tu aku dah sebak dah ni. Mate dah bergenang. Tapi tahan skit taknak mak risau sangat. Rase macam nak cerite seme kat mak. Tensen sebab tak dapat jawab test aritu, tensen sebab thesis, tensen ngan kawan2. Tapi ayat2 tu seme tak terpacul keluar dari mulut aku. Kesian kat mak pulak. Nanti mak risau banyak. Mak belai rambut aku slow2. Aku cume cakap kat mak banyak keje nak buat. Tu jek. Mak pun senyum. Pastu kami same2 layan tengok cite hindustan tu same2. BEst plak tengok salman khan menari nari. Rase macam nak menari gak..heh.

Malam tu tido kat bilik dengan adik pompuan aku, Mira. Mate still tak ngantok lagi mase tu. Aku pun sembang-sembang je ngan Mira. Kitorang cite pasal family, pasal majlis kawen kakak ngan abang bulan april ni, pasal boifren. Pastu kitorang gelak sakan sampai sakit2 perot..heh..adik aku sorang ni sempoi jek budaknye. Anak mak skit. Suke tolong mak kat rumah. Tolong mak kemas rumah. Tolong mak masak. Rajin budak nye. Tapi bile bab study die slow skit. SPM baru2 ni pun cukup2 makan je result die. Tapi takpe. Kitorang pun tak kesah sangat. Sebab Mira minat bab masak-masak.Cite-cite die nak jadi chef. So, die nak amek diploma kulinari. InsyaAllah kalau dapat konfem die happy.

Jumaat aku dah balik kolej semula. Tu pun sebab ade lab pagi tu. Sabtu ahad plak ade symposium. Aku kene present poster. Kalau tak mesti aku dah duduk lame skit kat rumah. Tak puas plak duduk rumah. Takpela..next week balik lagi...^^,

Tuesday, March 9, 2010

Saye sayang mak saye...^^,

Bile aku dah sumbatkan gegendang telinge aku dengan earphone mp3 sony kaler hitam aku, itu bermakne aku telah pun terputus dengan dunia luar. Sebarang pertanyaan yang ingin disampaikan kat aku, even soh angkat kain sebab dah hujan pun tidak akan dilayan. Me with my own world..ecece...

Skang ni tengah melayan lagu2 pening kepale all american reject, billy talent dan good charlotte. Lepas dengar je trus koma. Hee..takdela....sakit kepale gak dengar kadang2 tapi tetap layan. Syok pulak. Lagi lagi bile tengah kesibukan mengedit thesis yang telah dikopipes atas saranan beberape rakan2 aku.heh. Tapi takdela sampai kopipes sebijik sebutat. Ade la jugak rujukan mane2. Aler...pandai2 la nak hidup....hoh!

Terangguk angguk aku menghayati lagu2 rock pening kepale nih. Kawan seblah ajak sembang pun aku boo layan jek. Roomate aku nak pinjam pen pun aku buat tak tahu jek. Kepale still angguk angguk. Menghayati bait2 lagu yang aku sendiri pun tak paham ape yang disebut, langsung tak menghiraukan keadaan sekeliling.

Hari ni aku tetibe rindu kat mak aku. Homesick weh. Aku terus capai henpon nokia 6220 classic yang aku beli share2 dengan yang tersayang, picit pad kekunci nombor mak yang dah tersemat di kepale, kemudian tekan call, tertayang perkataan 'bonda' di skrin henpon. (ayat sangat berflower di situ).



aku: semekom, mak...buat ape tu?

Mak: sape ni????

(amboi mak aku, anak sendiri pun tak kenal...*sobsob*)

Aku: yanti la maaakkk.....isk..(pure pure sentap)

Mak: ooooo.....mak ingatkan kakak ko tadi..mak tak cam suare...

(fuh lega...baru nak sentap lame skit.Ala..sentap2 manje ngan mak aku. memandangkan suare aku dengan kakak aku lebih kurang same je, sampai kadang2 family aku pun tak dapat nak beza...so, alasan diterime...hehe)

Aku: mak buat ape tu? tengok tv eah?

Mak: haah....duduk2 tengok tv je...




Kami pun terus bersembang. Kawan aku kate macam sembang dengan pakwe je gaye nye. heh...rindu seyh ngan mak aku. Mase sembang tu rase sebak plak tetibe an. Dah 2 minggu tak balik rumah. Padehal dekat je Klang tu dari sini. It takes only 1 hour to reach there. Andai la aku ade kereta sendiri, of kos la tetiap hari aku nak balik, lepas rindu kat mak aku..huhu...eh..aku bukan anak mak or anak manje ok, cume aku sayang sangat kat mak aku. Tapi sape yang tak sayang kat mak kan?hehe...

Aku rase mak aku orang yang kuat skali bagi aku. Dulu, kami ni boleh dikate orang susah. Banyak dugaan dan cabaran terpakse kami tempuh. Lepas ayah meninggal, hidup makin susah. Aku sedar memang payah nak membesarkan kami adik beradik seramai 6 orang. Mak sabar dan cekal menghadapi ape pun rintangan yang kami lalui. Kami 6 beradik ni pun banyak sangat kerenahnye. Even perit skali pun, mak aku kuat menanggung seme tu.Tapi alhamdulillah, kami adik beradik boleh dikatakan pandai berdikari dan masing-masing berjaye dalam hidup. Dan sekarang, kami seme dah semakin dewasa, giliran kami pulak nak balas jase mak.

hadui..mate dah tak tertahan ni...boleh plak sebak tak pasal2. Ni kalau aku dapat tawaran study kat oversea ni mesti pikir due tige kali kot. Kuat sangat homesick nye..hehe..kalau jelaa...

Tetibe plak tercerite pasal mak plak an. Even hari ni bukan hari ibu...taram jela kan...


ok..sambung balik buat kerja...^^,

Sunday, March 7, 2010

Sentap dengan wireless la ceni..

Hujan sangat lebat hari ni. Setelah seharian bumi kekeringan tanpe disimbahi air hujan. BErsyukur atas rahmat yg diberikan. Sungguh khusyuk aku mentelaah matapelajaran transgenic, persediaan untuk ujian pade esok pagi. Tapi kosong terase di tubir kepale. Tiada satu pun perkataan atau ayat2 saintifik yang lekat dan tersimpan rapi di akalku. Kosong rasenye.

Kepale tidak henti henti terangguk angguk..bukan sebab paham dengan nota yang dibace, tapi kerane mengikut alunan rentak muzik rock the all american reject yang aku pasang melalui window media playerku.(rockkah mereka?)

HUjan makin lebat. Terase nyaman bile angin sepoi2 singgah menampar pipiku melalui tingkap bilik yang ternganga luas. Sengaje dibiarkan begitu supaye aku dapat menghayati suasane malam disamping merasai kesejukan angin original.

Tangan ligat memicit kepale mouse laptop pade window wireless network yang tak habis2 direpair untuk mendapatkan connection. Lembab. Ciss…mungkin disebabkan hujan yang lebat maka wireless connection gagal terbang masok ke bilikku…hangat dihati semakin menebal pabile network langsung tiade dan sukar untuk dihubungkan. Bebulu rase….ngaa…~~ tak sempat aku nak download lagu..haih..







Notakaki: sape nak belanje aku brodben?aku dah tahap sentap dengan wireless fakulti nih…

Saye rindu......=,\

Kawan tak semestinya sahabat kite. Tapi sahabat tu sudah tentu adelah kawan kite. Ape erti kawan dan sahabat sebenarnye? Same tapi tak serupe. Ia memiliki erti yang berbeza. Jika kite perhatikan sekeliling, rakan2 sekelas, rakan2 sekerja merupakan 'kawan' kite. Kite ade ramai kawan. Saye pun ade ramai kawan. Tapi tak semue kawan saye tu merupakan sahabat saye. Sahabat pulak merupakan teman kite yang akrab. Teman dikala sunyi, teman susah dan senang.

Saye ade kawan. Saye anggap die sahabat baik saye. Saye tak pasti die pun mengganggap saye begitu. Tapi saye tak kesah. Sebab saye sayangkan die. Tapi saye pun tak pasti adekah die sayang saye jugak. Namun, saye tetap tak kesah. Saye tak mintak kasih sayang saye dibalas.

Kami memiliki karakter yang agak same. Kami suke spent mase bersame same. Bile bersame die saye rase hepi jek, segale masalah hilang. Kami gelak bersame same, saye suke sakat die. Kadang2 kami gadoh, tapi tak lame sebab selalunye die akan datang pujuk saye. Ye, saye agak ego. Dan juge saye agak pemalu. Kami juge selalu buat kerje2 tak berfaedah bersame same..errmm...maksud saye ponteng kelas, tandakan atendance mase kuliah bile salah seorang tak hadir, kami suke tido lewat sebab main fesbuk. Kami juge mempunyai hobi yang same iaitu bangun lewat. Kadang2 bile liat nak bangun pagi, kami juge secare otomatik malas nak ke kelas.


Lepas jawab test selalunye kami akan check balik nota kalau2 ade salah buat. Dan kami akan meraung bersame same bile banyak soalan tak dapat nak jawab. Bile result test kuar, die slalu hebat dari saye. Saye tahu saye kurang skit dari die. Tapi saye tak kesah. Saye kuatkan azam nak lawan die. Dan bile saye menang, saye sengih depan die. Dan dalam hati kate ' fuh legaa'...

Kami suke hang out merempit same2. Sambil2 merempit kami suke tengok pemandangan sekeliling. Bile ade something funny happen on the road, ktorang akan gelak same2 sambil menokok tambah cerite supaye lebih fun dan interesting. Kami juge suke duduk makan kat padang dan juge tasik. Sambil2 makan, ktorg akan bersembang perkara2 yang pelik2, yang kadang2 tak terlintas langsung kat akal fikiran.


Namun, mase cepat je berlalu. Kami dah jarang keluar hang out same2, kami dah jarang sembang perkara pelik2, kami dah jarang bangun lewat same2......Yang paling perit lagi bile kami duduk same2, saye rase janggal betol. Saye tak tahu kenape. Saye dah jarang bercakap dengan die. Saye rindu.

Saye taknak macam ni berakhirnye. Saye nak jadi macam kisah dongeng omputih dulu2. They live happily ever after. Happily ever after. SAye harap.....


Sahabat, maafkan saye jike selame ni saye byk buat salah. Saye tahu saye ni cepat moody, bile saye moody saye cepat marah, maafkan saye jike slame kite berkawan saye byk sakitkan hati. Maafkan saye sebab slalu ngusik, maafkan saye sebab tak dapat nak jadi kawn yg baik. Saye nak kamu tahu yang kamu adelah sahabat baik saye...^^,






nota kaki: asal sentap aku ni?hehe...

Thursday, March 4, 2010

takdek mase dah!


Sape ade tips menyiapkan thesis dlm mase kurang dari 2 minggu?

Ade? ke takdek? eh...cakap la betol2...haih..(kerut dahi)

Aku ni macam takdek gaye nak grade je...maakk....(T_T)




Ok..hoh! Semangat balik..!!

Tuesday, March 2, 2010

Cikgu itu aku.heh.

Dulu aku penah jadi cikgu sementara kat sebuah skola rendah kat kampung aku mase aku cuti midsem. Aku ganti makcik aku cuti bersalin. Tak lame pon 2 bulan je. Namun, 2 bulan tu pun aku rase macam nak gile bile digilekan oleh anak-anak murid aku.huh.

Mule-mule tu teruje gak. Aku jadi cikgu? Cane aku nak percaye ni.heh. Muke jek dah macam budak baru lepas spm, body plak macam budak darjah 6. Perangai macam budak tadika....aku cikgu???yerk..

Aku mengajar murid darjah 4 untuk subjek Kemahiran hidup dan Sains. Memang la takdek experience langsung jadi cikgu ni. Tu pun penah jadi cikgu tusyen untuk budak2 area2 kampung aku tu jek. So berbekalkan dengan ilmu biology belajar kat u, aku pun cube meniru gaya ala-ala cikgu disiplin mase aku skola rendah dulu. Muke nak garang. Tapi lutut dah gigel2. heh...

Aku ngajar murid dari kelas yang pandai ke kelas yang kurang pandai. Ajar murid2 kelas pandai2 senang le ckit. Tak payah le nak susah2 terpekik sane sini nak kasi budak duduk diam2. Ajar straight to the point. Terus pandai. Kire nak kate aku terer ngajar la an?hehe..

Bile masuk kelas yang bawah2 tu yang sakit tu. Aku memang lemah skit bile masok kelas yang last2 tu. Rata-rata budak kat situ nakal tak hengat la. Macam $?*^&*. Siyes mase tu aku rase macam fedup nak ngajar dorang. Boleh kate 2 3 orang je yang duduk diam denga aku ngajar. Yang lain tu main kejar-kejar la, main tarik-tarik tudung la. Rase macam nak nanges jek.huhu..Tapi penah je disebabkan aku punye kesabaran dah off limit, aku pun capai pembaris kontot aku patu zas zas....hah, hamik ko. Kene la 2 das kat tangan tu. Tapi budak2 tu ok jek. Siap sengih2 lagi kat aku. hoh...yela, pukul slow mane rase pape..ngee. Takot dow nak sebat kuat2. Kang jadi kes penderaan plak. Masalah..

Namun, moment paling best skali bile dingurat oleh para guru yang prasan hencem di situ. Sebab mase tu pun aku prasan lawa..ececee....memandangkan aku antara cikgu paling mude kat situ, memang tak lepas la dari gosip2 dengan para guru yang masih bujang dan kiut. Terase geli plak an. Tapi macam biase aku belagak cool dan bersahaje. cewah. Bajet hot. hahah..tapi yang klakanye bile dorang suroh budak2 kelas aku jadi utusan. Kirim coklat la, kirim salam la.Sangat blushing ok.

Besides, moment paling best adelah mase hari guru. Even aku cikgu baru, konfem2 la tak dapat hadiah pun kan. Paling kurang pun 2 3 kuntum bunge dan kad hari guru yang tah sape2 tah yang bagi. Murid yang aku tak kenal pun bagi hadiah kat aku..even aku rase klaka tapi kiut ape?

ByTheWay, jujur cakap, jadi cikgu ni best ape. Terase bangge kejap bile dapat mengajar anak murid. Lagi2 best bile dorang paham ape yang diajar dan banyak bertanye soalan bile tak paham. Tapi kalau orang macam aku ni, takdek pengalaman, dan bukan dalam bidang aku, so ilmu nak jadi cikgu tu tak banyak. Yela, baru ngajar 2 bulan jek dah rase nak give up.hee..

Aku rase 2 bulan terase macam setaun gakla. Banyak kali gak kene buli dengan murid2 yang nakal. Cikgu kene buli? ape kes tah. Aku pun terpikir gakla kan, cane la cikgu-cikgu ni seme menghadapi saat-saat macam ni kan. Mesti dorang memang sangat hebat. Tugas dorang ni sangat besar dan mulia. Sebab tu jadi cikgu.heh. So kat sini aku nak cakap, cukup stakat ni je kot experience aku jadi cikgu skola rendah. Kalau ade tawaran tu, maybe aku letak kat list paling bawah skali kot. Tak dapat pun takpe.heh.



Ok tu je kut nak story, nanti ade orang kate blog aku kosong dan takdek pengisian plak an. haha..tapi betol ape. kn kn?

Neway, aku nak salute gak para guru kat luar sane, even ni bukan sempena hari guru, namun aku nak ucap tahniah dan syabas kerana dapat mendidik anak murid sampai berjaye. Tanpe mereka siapelah aku dan anda semue..=)

Aku mimpi.................

Selamat malam kawan2 sekalian...

Apsal tak tido lagi? hurmm..gayot ngan aweks ea?Ke study ni?hehe...

Aku tak tido sebab teroverdose nescafe mild 3 in 1 tadi. Mate kembang semacam jek. Takmo plak die kedip2 siket pun. Aiseh..nampak gayenye kenela stay up bace nota untuk test tak lame lagi. Ala..cakap2 teh o je aku ni. Jap lagi ade le tu terpesong mane2..tak fesbuk mesti blogwalk.huh.

Asal aku blogwalk je mesti aku ade terbace kisah pasal mimpi. Apesal ea? Ade minggu menulis kisah2 mimpi ke? hah...klo centu aku pun nak story sikit le pasal mimpi aku petang tadi..hehe..agak pelik tapi....ala mimpikan, ape yang tak pelik...

Aku mimpi aku jumpe dengan ustaz Pahrol Mohd Juoi. hahhaha..pelik tak pelik la kan. Kenal ke? Ala..penulis buku 'Tentang cinta' tu. Aku ade beli buku tu. Menarik isi kandungan die. Aku jumpe beliau mase aku tengah naik bas. Ustaz Pahrol ni yang jadi driver bas plak tu. Siap pakai songkok ngan baju coat lagi. Segak dan kemas. Aku pun mintak tandatangan beliau. Aku siap sembang lagi dengan beliau. "Dah lame ke jadi dirver bas??"huhuhu...ape daa punye soalan. Then die jawab. "ala..biase la...nak cari duit tambahan siket" Then pastu *Ting* aku terjage. Mase jage tu mate aku terus fresh lagi mengenangkan mimpi aku tadi. Apesal tah beliau boleh masuk dalam mimpi aku. konfius2.

Monday, March 1, 2010

Hadapi ketakutan

Terimalah hakikat bahawa apabila kite berdepan dengan ketakutan yang sebenar, kite sebenarnye memang takut. Jangan berpura-pura tidak takut kerana itu akan menjadikan kite lebih takut. Orang yang berani sekalipun, mengakui mereka juge merasa takut. Mereka merasainya tetapi ketakutan itu tidak menghalang mereka daripada bertindak.

Manfaatkan ketakutan sebagai input untuk membuat keputusan yang kemudiannye menghasilkan tindakan. Dengar, rasai dan telitilah setiap bisikan ketakutan sebelum kite membuat keputusan. Pertimbangkan, nilai dan akhirnye buatlah keputusan.

Impian mesti besar untuk menakhluki rasa takut. Sekiranye kite ada keinginan tetapi keinginan tersebut tidak cukup kuat untuk memadamkan rasa takut, itu sebenarnya bukan keinginan tetapi hanya sekadar angan-angan.....

Dipetik dari Majalah 'Solusi'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails