
nota kecik: Sgt berazam utk memiliki honda jazz. fuh. Aku tak sabar nak abes blaja dan keje!keje!oh keje...~~~
Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)
Apakah sudah cukup amalan kita? Apakah sudah tertebus dosa kita? Apakah layak kita menjadi penghuni syurga? Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Allah dan apakah sanggup kita menahan seksaan azab api neraka-Nya?Bermulanya tahun baru bermakna semakin tualah usia dunia dan semakin hampirlah saat ketibaan hari kiamat. Jika lahirnya Nabi Muhammad SAW adalah sebagai tanda bermulanya akhir zaman, kini baginda SAW telah semakin lama meninggalkan yang memberi makna usia dunia pastinya benar-benar sangat lanjut.
Ini lebih nyata dengan pelbagai siri perkara aneh yang berlaku dan berbagai bencana alam yang tidak terduga berlaku. Seluruh dunia dalam tahun 1430 Hijrah menyaksikan pelbagai kejadian bencana alam yang tidak terkawal.
Begitu juga dengan kejadian jenayah, pembunuhan dan peperangan yang seolah-olah tiada noktahnya.
Suasana umat Islam hari ini seolah-olah lebih cenderung memenuhi kehidupan mereka dengan keseronokan dan hiburan. Sebaliknya tidak berminat dengan aktiviti lebih bermanfaat seperti beribadat di masjid ataupun menuntut ilmu.
Ini dapat dilihat apabila masjid-masjid sentiasa suram dengan penghuninya sebaliknya tempat-tempat hiburan sentiasa penuh dengan pengunjungnya.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai manusia iaitu kesihatan dan masa lapang. (riwayat Imam Bukhari).
Malangnya kita jarang bertanya perkara seperti berapa kalikah aku meninggalkan solat pada tahun ini? Apakah puasaku cukup? Apakah aku pernah bangun malam menangisi dosaku di hadapan Allah?
Apakah aku membaca al-Quran dan berapa kali aku membacanya dalam seminggu? Apakah aku benar-benar rasa nikmat menjadi Muslim? Apakah aku sudah bertaubat dari dosa-dosa besar yang telah aku lakukan?
Sama-sama kite renungkan.
-Utusan malaysia-
Sebab ape anda nak jadi doktor?
- sebab parent yang suroh.
- Nak tolong orang yang sakit.
- Senang dapat kerja.
- Nak feymes. Dapat jadik doc nampak macho sikit.
- Takde pilihan lain. Result exam gempak sangat.
- Sukati aku la nak jadi apape pun!
Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba
Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.
“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”
Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”
“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”
“ Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.
“Minyak wangi?”
“Minyak Wangi Baba.”
“Shampoo?”
“Shampoo Baba.”
Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”
Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”
“Bila seseorang hamba Allah yg kafir meminta sesuatu dari Allah, Allah akan kabulkan permintaan hamba tersebut secepat mungkin kerana Allah tidak suka mendengar suara hamba yg kafir itu memohon dari Allah…”
“Tapi bila seseorang hamba Allah yg beriman meminta sesuatu dari Allah, Allah akan tangguhkan permintaan tersebut. Allah akan beri hambaNya itu kekuatan dan kesabaran utk menghadapi ujian. Allah tangguhkan kerana Allah suka mendengar suara hambaNya yg beriman utk terus meminta2 dariNya…”
Oleh itu, ape2 je jenis ujian yg Tuhan nk letak kat kite, kite kenalah bersabar dgn ujian2 tersebut. Tuhan tu meletakkan sesuatu ujian tu bersebab. Besar atau kecil, sedar atau tidak, lame atau sekejap, sama ade kite mampu ke nk tahan dgn ujian tu semuanye terletak kat tangan kite. Ingat2 lah bahawe dunia dan jasad kite ni pinjaman saje. Semuanye milik DIA.1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu“…Kehidupan kite di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Ape yang ade hanyelah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabile kite kembali semule kepade Ilahi..”
So…beringat-ingatla slalu. Kadang2 Tuhan tu saje je bg rezeki kat kite. Just nk test kite ni ingat kat DIA ke tak. Bile kite senang kan kite salu lupe kat DIA. Tp bile dh susa baru nk ingat kat DIA.Kite ni salu lupe nk bersyukur. Ni pn peringatan utk aku juge. Manusie kn mudah lupe.
*******************************************
“..Bermimpila ttg ape2 yg ingin kamu impikan, pergila ke tempat2 yg ingin kamu pergi, jadilah spt ape yg kamu inginkan…kerana kamu hanye mempunyai 1 kehidupan dan 1 kesempatan utk melakukan hal-hal yg ingin kamu lakukan..”
Hah..ni satu lagi kate2 pedoman. So kite jgnla salu buang mase dengan bende2 yg tak berfaedah. Selagi kite diberikan tenage, mase dan peluang yg ade ni, pegila buat bnde2 yg tak pernah kite buat. Carik pengalaman hidup. Its fun and beside kite dpt belajar many things in life. Tapi yg penting kite kenelah tahu mane yg baik dan buruk sesuatu perkare yg kite buat tu.…dan jgnla sekali2 kite lupe kpd Tuhan. Sbb die yg berikan semue tu kt kite. Sbb kite kene tahu tujuan hidup kite ni. Bkn sekadar nk kejar dunia je, tp akhirat pn same. Hah pulak…tazkirah semenet..huu..
Saje je nk share. Sbb aku rase aku belum lg dpt ape yg aku nk dlm hidup. Banyk lg yg aku kene belajar n harungi. Yg penting kite sabar dan berusaha la. Kalau duduk goyang kaki je mmg tak dapat ape2.
oke sudah~~