Wednesday, March 31, 2010

Jaga diri baik-baik

Kehidupan manusia memang penuh dengan tekanan yang kadangkala menggugat ketenangan jiwa. Kite hendaklah selalu berselawat kepadaNya supaya hati kite menjadi lebih tenang untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini. Selawat adalah tanda kecintaan kite terhadap Rasullullah S.A.W. Amalkanlah selawat setiap hari dan InsyaAllah kite akan tergolong dalam golongan yang mencintai Rasulullah S.A.W





****************************************


Tekanan atas normal. Tapi masih belum mencecah ke tahap mentally ill.yah. Semangat!

Still ade mase 24hours lagi before submit first draft kat supervisor. Ye. Aku sangat bekerja keras. woh! Tinggal nak mengedit result dan juge disscussion. Sangat sukar untuk mengenterpret data ini sampai mengalirkan air mata..wuhuhu....

Emosi masih belum stabil lagi. Rakan-rakan seperti tidak mempedulikan dengan kehadiran aku. Apekah? Benar kate orang kawan gembire senang nak carik, tapi bile kawan berduka, sorang pun takdek kat sisi. hukhuk Sangat sedih dengan situasi sebegini. Just tell me if i'm wrong. We can fix it.


ok chow.!!

Tuesday, March 30, 2010

Pembaziran mase pada hari ini.

Setelah berseharian atas katil, agak lewat..bukan..amat lewat aku bangun pagi ni. Terase pembaziran mase yang sangat tak bleh blah. So..aku decide petang tu aku nak tawaf sekeliling sri serdang dan olflet dengan merempit untuk mensetelkan beberapa hal-hal penting. So merempit la aku sorang diri. Memandangkan tak sempat nak lunch tengahari tadi, tangan aku sedikit menggigil dan kepale agak terawang-awang dan aku cube untuk menfokuskan diri sedaya yang boleh di atas motor.

Fisrt thing first, nak amek baju yang aku tempah kat butik itu hari. Ade 2 helai. Baju untuk majlis kawen akak dan abang aku yang akan berlangsung this wiken. Sangat mahal tempahan tersebut, berbulu je mase tengah hulur duit kat tuannye butik tu dan sangat tak ikhlas senyuman aku dikala itu...demm!

Next plak, nak pegi fotostet homework questionaire yang sepatutnye kene hantar next week. Baru nak fotostet weh!huhu..dan juge nota2 untuk subjek behavior untuk preparation for final exam. Ok done!

Lepas zup zap zup zap sane sini....semue dah setel, mase tu baru pukul 3.30pm. So memandangkan aku masih belum menjamah sebarang makanan hari ni, perot amat2 kosong secara total, tangan tak henti2 menggigil, aku pun merewang ke pasar serdang yang berdekatan dengan harapan dapatlah makan nasi lemak sedap yang tiap hari aku beli setiap kali ade pasar. Terbayang kesedapan menjawah nasi lemak.whew. Namun nasib tak menyebelahi aku, dorang baru nak setup gerai plak aih. Aku jeling jam kat tangan. Patutlah..masih awal lagi. hadui....baru beberape gerai je bukak. Tu pun gerai jual bawang kecik, cili api.cis.cis dan cis...

So agak dissapointed di situ. Lalu aku pun decide untuk membeli makanan kat pasar tepi jalan sebelah uniten tu je. Makanan tak banyak. So aku bedal je beli 2 bungkus soto feveret aku. Due due tu untuk aku ok! Dan wenggg...merempit secepat mungkin balik ke kolej.

Balik2 terus rembat soto dan makan dengan lahapnye. Even aku macam ade terase bau-bau basi skit, tapi aku bedal je. Alaa...kurang-kurang sakit perot je...tak mati punye...huhu...

Monday, March 29, 2010

FINE la korang!

Aku selalu cube untuk menggembirekan hati aku. Aku selalu berfikiran positif. Yep. Tak dapat nak dinafikan. Aku suke pure-pure gembire bile hati ni betul2 terluka dan sukar untuk diubati. Sape perasan? Memang tak sorang pun perasan. Sebab, aku selalu ingatkan diri aku, kesusahan dan kesedihan yang aku alami ni sikit je cume. Cube tengok orang lain yang lagi susah dari kite. Orang yang takdek tempat tinggal, orang yang kehilangan insan2 yang tersayang, orang yang mengalami pelbagai rintangan hidup. Ye. Aku pun pernah mengalami semue tu. Cume aku cube kuatkan semangat aku. Aku tanamkan diri aku insyaAllah bile tiba masenye nanti, aku akan lebih bahagia dari yang sebelumnya. Kite kan kene berbaik sangka kat Allah selalu..kan?



ok...full stop.


*******************************************


Kembali ke mode happy tak bleh blah. Orait.

Semalam merupakan dinner kolej untuk dak2 final year student. Tak ramai pun pergi atas sebab2 yang tak dapat nak dielakkan. Kawan yang tarik diri last menet pun ade. Even aku rase macam nak maki hamun dorang skali dengan penumbuk sebijik, tapi aku cube kekalkan kemanisan mukeku ini serta berlagak cool dan bersahaje. Dah la sorang menghilangkan diri tanpa jejak, aleh2 bagi mesej kate tak dapat nak pegi, have fun you guyz. WTF? Taik la ko have fun.hah. Kan dah tercarut di sini. Ok. Kekal maintain kembali. Sorang lagi plak tarik diri sebab alasan yang samar2. Baju tak cantek? Takpe boleh carik baju lain. Ke sebab ko tensen thesis ko tak siap lagi? Abes tu aku macam mane plak? Orang lain yang tak siap project tu lagi ape kes??Boleh je dorang pegi. Ok takpe. Last2 menet baru nak bagitahu aku. Asal tak siang2 lagi tak bagitahu taknak pegi. Sebelum ni macam beriya nak pegi. Then tinggal jela aku terkontang kanting sorang diri. FINEeeeee.......!!!

So...overall dinner was great Even I think it should be more memorable.haha. Dan aku teruskan dengan happy yang sungguh dibuat2, trimas untuk my fren Aien sebab teman aku duduk sembang dan bergelak ketawe.huhu..



Aku nak buat silence treatment. yeah. Itu yang terbaik. Thanks you guys make me soo happy.......^^,


What goes around come around...

Sunday, March 28, 2010

bile happy dah terover...leh jadi gile tau..!

Ok...alrite...oyeh!



Ok jap..kasi aku setel down kan diri aku sebentar. huh.hah.satu.dua.in out.fuh...

Sori la ye take time skit nak kasi mood happy terbabas aku ni nak kasi ke normal mode balik. He. Aku bukan ape, aku takot nanti bile aku menaip mase tengah overeksaitet kang aku mencarut mengarut bende2 yang tak sepatutnye kat sini plak.heh.

Minggu ni boleh kate segala macam keserabutan yang melanda diri aku dan diri orang2 sekeliling aku telah disetelkan dengan baik dan terlalu baik, aku rase, dan kini keadaan sudah kembali normal. yeh!

Dan sekarang aku rase bertambah rilek, bahagie (cewah) dan lebih tenang. Tak kesah la homework bersepah ke, thesis baru 3 muke ke, yang penting aku dah kembali happy dan terover happy...dan amat2 happy...(ok dah stop)..paham tak perasaan aku cene skang??hehee...

But then, in the end(linkinpark kate) aku dengan konfemnye akan terharu, tersedih bile semue nye sudah berakhir kelak. Even aku sendiri tak nak bende ni berlaku, tapi kite tak boleh nak suroh mase tu berhenti kejap, dan bagi setaon lagi mase untuk aku bersame dengan orang2 yang aku sayang. Mean kawan2 aku. yep..kawan2 yang aku sayang..

eh stop..asal aku tersebak plak ni?


~zaa||yaya||iepah~

nota kaki: siyes aku akan merindui korang.T_T

Friday, March 26, 2010

Ask less and thank more!

Minggu ni termasok minggu-minggu yang sudah banyak perkara yang berkaitan dengan emosi dan perasaan berlaku disekeliling aku. Satu demi satu perkara yang tak diigini terjadi tanpa ada alasan dan sebab yang kukuh untuk tindakan yang seringkali diambil tanpa berfikir dengan sedalamnye.

Manusia sering tak berpuas hati dengan perkara yang berlaku tanpa keinginan mereka. Manusia juga kerap mengeluh. Lalu mereka bertindak tanpa memikirkan baik buruk sesuatu perkara tersebut. mereka bertindak atas pemikiran mereka yang sempit dan hanya mengikut emosi dalam diri. Mereka rasa mereka tidak berhak untuk mendapatkan kesusahan even hanya sedikit. Mereka hanya mahukan kesenangan, dibelai dan diberikan dengan segala kemudahan.

Don't complain. and if, inspite you everything, you keep getting yourself worried. Look around you, thank the almighty for everything that he allows you to have in their brief life.

Say with humbleness,
Thank you Lord, for all he blessing that you give me, for my health, my family, my work, my friends and my everything.

remind yourself to ask less, and thank more!

Thursday, March 25, 2010

semangat!

Aku seorang yang semangat bile aku mendapati diri aku sangat fokus melakukan kerja-kerja yang penting. Dan aku juge sangat sukekan kerja underpressure. erm..mungkin tak suke banyak, setakat suam2 kuku jek.

Aku suke melakukan kerja-kerja yang baru. Aku suke bile kerja berlambak-lambak datang pada satu mase. Senyuman akan jelas ketara terukir pada dahiku. Kerja akan jadi lebih fun dan interesting bile setiap ape yang dilakukan adalah betul, tepat dan aku berpuas hati.

Tapi...




Aku rase aku tipu je banyak kat sini...

^_^

********************************************

Jangan suke menangguhkan sesuatu pekerjaan. Ia tak akan selesai dengan sekali kerdipan mata. Lakukan sesuatu perkara dengan rela hati, tidak terburu-buru, fokus dan anggap ianya sesuatu yang menyeronokkan.

hah!

Kata-kata semangat untuk aku..

Motto hidup aku adalah semangat!



hoh!

Tuesday, March 16, 2010

meneruskan perjuangan..hoh!

Sekarang aku berade kat dalam library tengah musyuk..err..kusyuk menyiapkan thesis yang duedate die just around the corner. Jujur kate.........aku kopipes jek...hoho! hebat tak hebat la..^^,

Aku ubah sikit ayat-ayat dari thesis2 lepas tu. Tunggang langgang kan skit, plus dengan campurkan ayat-ayat dari beberape thesis..dan taraaa...siap! Macam buat origami bentuk angsa tu. Tapi aku tak reti pun nak buat. Sebut je bleh la.

Pasni nak hantar draft kat Dr. Khairi suruh die tacap sikit2 ker..bagi kata-kata semangat sikit pun jadi la. Mane taknye, keje Dr. Khairi ni asik membuli kitorang insan2 yang serba lemah ni tau. Dan kami ni student under die agak terabai dan terbabas jugakla dengan project masing2.

Tapi takpe..kami mempunyai semangat juang yang agak tinggi untuk mencari sumber-sumber tertentu sebagai rujukan dan tadaaa..lagi skali..kami dah nak smpai ke penghujungnye.yehaa..! Agak terover eksaitet di situ. Kalau die reject first draft aku ni...pasni aku nak buat origami bentuk katak la plak pastu hadiahkan kat Dr. Mesti die buat wajah tak bersalah beliau dan senyum yang membuatkan kami cair dan tak jadi nak bengang dengan beliau..hahak..Sebab tu aku pilih Dr. Khairi sebagai supervisor untuk project aku ni. Selain project yang die bagi agak mudah untuk dilaksanakan, beliau juge mempunyai senyuman yang membuatkan aku melayang-layang macam cite Alice in Wonderland...hehe..

Kenape aku begitu berani menyatakannye di sini? hoh.




Mood aku sangat baik hari ni. Tak seperti hari-hari yang lepas di mane kerutan di dahi sentiase jelas kelihatan dan terus menerus menunjukkan muke ketat aku kat semue orang. Itu bukan tanda2 aku sedang mengalami PMS atau symptom2 ingin membunuh diri, tapi disebabkan oleh beberapa hal yang tak dapat nak dinyatakan disini. Adekah aku segan? Oh..tidak same skali.





Duit dalam bank tinggal Rm300++ je weh. Cene nak hidup ni?hukhuk...(T.T)






oh yaya..diharap dapat bertahan!

Saturday, March 13, 2010

sape tah tag aku ni??

Sape yang mandai-mandai tag aku nih??Ni yang aku rase geram dengan beliau ni..heh!

Nway..thanks kat danial yang sudi mentag aku..memandangkan aku tak pernah...ulang balik TAK PERNAH kene tag dengan sape2..hoho...so, sedikit teruje dengan tag beliau even soklan die simple jek. Ok..meh la tengok...



1) ko WAJIB print skrin wallpaper yg ko gune skang.




2) Story skit asal ko suke sangat letak wallpaper ni.

Terpancar wajah-wajah kegembiraan 3 orang kanak2 riang di atas bukit Broga. Kami sangat alah kepada flash kamera ok. haha. Nway...aku suke pic ni sangat..yeah!



3) TAg sape2 yang ko minat..

(err....danial, aku limitkan 3 orang je k..^^,)

+ Butang biru (aku rase aku nak kenal die lebih dekat lg la..kene mintak permision kt BP dlu la kot..hehe)

+ Zurin azwan (aku pun minat die gak..hehe..)

+ Abg sukur...

Dan sape2 yang sudi nak jwab tag ni..^^,






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails