Sunday, November 8, 2009

nasihat bg org bercinta

Bismillah...

Baru lepas pulun nota bioinfo smpai rase dh takdek ruang dlm otak aku ni utk menyumbat informasi nota2 yg lain. Stim je rase mate ni even td baru je lepas pekena nescafe regular 3 in 1. Sambil belek2 fesbuk, berblog walking, berbalas2 msj dgn org tersayang tetibe terbukak laman web tazkirah. Setelah memilih tajok2 yg rase terkesan kat hati ni aku pun memilih utk mempost satu tazkirah yg aku rase boleh menyedarkan diri masing2 especeli utk remaje. Here is the content:

Nasihat berguna bagi org yg sedang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu

Amacam sedare? Ade rase berdebar2 tak bile bace nasihat ni?yupp...it is the best nasihat dan pengajaran utk seme especeli utk aku nih. Mane la tau kan kite terlupe sbb terlalu sakan bercinta. Mak aku slalu pesan kat aku supaye jage maruah kite bile berhadapan dgn lelaki. Org prempuan ni ade 9 nafsu tapi 1 akal je. Lelaki plak ade 1 nafsu dan 9 akal. NAfsu lelaki kat satu bende je. YAng permpuan plak ade nafsu nk shoping, makan, bermake up, dan mcm2 lagi la. Dan aku bersyukur dilahirkan sbg seorg perempuan..hehe...

ok sudah~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails